Wednesday, September 23, 2009

Salam perkenalan

Salam perkenalan buat semua kenalan dan teman. Hari ini saya nak melancarkan blog saya kepada semua kenalan. Tujuan blog ini adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Blog ini adalah sebahagian daripada wadah perjuangan saya untuk menjayakan misi jihad ekonomi Islam. Jihad ekonomi adalah jihad yang paling utama di alaf ini. Jihad ekonomi pernah difatwakan oleh seorang ulama Al-Azhar yang tersohor iaitu Sheikh Yusof Al-Qardawi.


Jika anda di luar sana atau di mana-mana sahaja yang mempunyai pandangan dan cetusan minda, anda boleh berkongsi bersama saya dan semua kenalan di seluruh dunia. Nyatakan impian dan harapan anda sebagai seorang muslim dalam menjayakan misi jihad ekonomi Islam ini. Saya menyeru kepada semua insan, marilah kita bersatu hati dan pemikiran. Bangunkan Islam melalui kekuatan ekonomi dan kekayaan. Kita mampu melakukannya jika kita bermula di sini, dari hati nurani, dari cetusan minda insani.


Untuk pengetahuan semua, sekarang saya adalah seorang manager dan motivator Al-Asad Consultant. Konsultant saya menawarkan perkhidmatan motivasi pendidikan, tarbiah agama, penjagaan kesihatan dan bimbingan keusahawanan. Anda juga boleh melihat aktiviti saya di dalam facebook saya. Maka bermulalah sebuah penulisan dan salam perjuangan dari saya.


KHURAIM AL-ASAD
MANAGER / MOTIVATOR AL-ASAD CONSULTAN
B.A (Hons) in Syariah and Law
Islamic Science University, Malaysia
H/phone: 013-4448177
Facebook: king.al.asad@gmail.com
Blog: http://khuraim-al-asad.blogspot.com
Email: mrq_master@yahoo.com.my